Saturday, 28 September 2013

TAKSONOMI BLOOM


ARAS DOMAIN KOGNITIF
BENTUK ITEM SOALAN
Pengetahuan
Ø   Ciri Soalan:Memerlukan calon mengingat semula.Jawapan calon menggunakan bahasa asal.
Ø   Contoh Kata Kerja: Labelkan, Senaraikan, Nyatakan, Manakah, Apakah,Berikan
Pemahaman
Ø  Ciri Soalan:Memerlukan calon memahami fakta dan menghuraikannya,memberi contoh atau illutrasi dalam bahasanya sendiri.
Ø  Contoh Kata Kerja: Terangkan, Jelaskan, Huraikan, Tukarkan,Mengapakah
Aplikasi
Ø  Ciri Soalan:Memerlukan calon menyelesaikan masalah ‘non-routine’atau masalah baru. Ciri soalan  adalah ‘problem-solving’. Masalahdiselesaikan dengan cara tersendiri menggunakan gabungan teori,pengalaman dan pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai unsur persamaan.
Ø  Contoh Kata Kerja: Selesaikan, Binakan, Carikan,Tunjukkan, Kirakan,Demostrasikan
Analisis
Ø  Ciri Soalan: Memerlukan calon menganalisis, memecah/mencerakinkan fakta untuk mengkaji unsur-unsurnya secara mendalam termasuk membanding,membeza,mengupas dan membukti.
Ø  Contoh Kata Kerja: Bandingkan, Bezakan, Buktikan, Beri sebab, Buatanalisis, Cerakinkan, Tafsirkan
Sintesis
Ø  Ciri Soalan:Memerlukan calon merancang, mereka/mencipta dan menghasilkan sesuatu hasil yang kreatif hasil dari penggabungan pelbagai unsur. Ini termasuk penghasilan sesuatu rancangan,rumusan,kaedah/prosedur, atau cadangan.
Ø  Contoh Kata Kerja: Rancangkan, Rumuskan, Sediakan, Cadangkan,Karangkan, Gubahkan
Penilaian
Ø  Ciri Soalan:Memerlukan calon menilai, membuat pertimbangan atau justifikasi untuk mencapai atau  mendapatkan sesuatu kesimpulan.
Ø  Contoh Kata Kerja: Bincangkan, Nilaikan, Beri pendapat, Beri justifikasi,Pertimbangkan

BANDING BEZA KONSEP PENGUJIAN, PENGUKURAN, PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN



Pengukuran
Pengujian
Penilaian
Pentaksiran
Definisi
Proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan.
Prosedur sistematik mengukur
perubahan tingkah laku murid melalui instrumen.
Proses mendapat maklumat secara bersistem tentang sesuatu produk pendidikan diikuti dengan proses memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat tersebut.
Proses yang meliputi pelbagai kaedah bagi menentukan prestasi murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan tertentu.
Tujuan Pelaksanaan
·         Menentukanpencapaian murid selepas sesi PdP dalam bentuk nilai kuantitatif seperti markah mentah ujian, agregat ataupun gred
·         Menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran
·         Mengenalpasti masalah pembelajaran
·         Memberikan maklum balas kepada guru tentang pengajarannya

·         Memberi maklumat tentang pencapaian objektif pembelajaran, kaedah pembelajaran dan kurikulum
·         Memberikan maklum balas kepada murid berkenaan pencapaiannya.
·         Membantu murid membina sikap positif terhadap pengajaran guru

·         Memberi maklumat kepada guru tentang kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran
·         Membantu guru dalam memberi dan menetapkan penggredan
·         Memantau kemajuan murid
·         Menentukan keberkesanan pengajaran
·         Menjelaskan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran
·         Memberi motivasi kepada murid
·         Menentukan penempatan murid dalam kumpulan atau aliran
Proses Pelaksanan
1.    Menyediakan alat pengukuran (instrumen)
2.    Menjalankan pengukuran.
3.    Mendapatkan nilai kuantitatif mentah atau menetapkan gred

1.        
1.    Menyediakan instrumen pengujian
2.    Mentadbir ujian
3.    Menjalankan pemeriksaan terhadap sampel ujian
1.    Menentukan kaedah pengukuran
2.    Melakukan proses pengukuran dan menganalisa pengukuran
3.    Menginterpretasikan dan menilai keputusan pengukuran
4.    Membuat laporan dan tindakan susulan
1.    Mengumpul,menghurai,merekod maklumat menggunakan pelbagai kaedah
2.    Memberi skor
3.    Menginterpretasikan maklumat berkenaan produk pendidikan
4.    Menjalankan tindakan susulan
Cara mendapatkan maklumat
Berdasarkan data kuantitatif
Berdasarkan data daripada instrumen seperti kertas soalan ujian atau pemerhatian
Berdasarkan data kuantitatif dan interpretasi secara kualitatif
Pelbagai cara
Masa Pelaksanaan
Selepas P&P
Selepas P&P
Boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas P&P
Selepas P&P
Liputan
Terhad kepada sesuatu kemahiran atau pembelajaran
Terhad kepada sesuatu kemahiran atau pembelajaran
Dari sesuatu pembelajaran keseluruhan kurikulum
Keseluruhan kurikulum dalam sesuatu peringkat pembelajaran
Keputusan
Menunjukkan nilai secara kuantitatif terhadap sesuatu kemahiran atau penguasaan pembelajaran yang spesifik
Menunjukkan prestasi sesuatu kemahiran atau penguasaan pembelajaran yang spesifik
Menunjukkan pencapaian keseluruhan individu namun tidak menggambarkan kebaikan individu
Menunjukkan pencapaian secara menyeluruh dan bersifat relatif