Saturday 28 September 2013

TAKSONOMI BLOOM


ARAS DOMAIN KOGNITIF
BENTUK ITEM SOALAN
Pengetahuan
Ø   Ciri Soalan:Memerlukan calon mengingat semula.Jawapan calon menggunakan bahasa asal.
Ø   Contoh Kata Kerja: Labelkan, Senaraikan, Nyatakan, Manakah, Apakah,Berikan
Pemahaman
Ø  Ciri Soalan:Memerlukan calon memahami fakta dan menghuraikannya,memberi contoh atau illutrasi dalam bahasanya sendiri.
Ø  Contoh Kata Kerja: Terangkan, Jelaskan, Huraikan, Tukarkan,Mengapakah
Aplikasi
Ø  Ciri Soalan:Memerlukan calon menyelesaikan masalah ‘non-routine’atau masalah baru. Ciri soalan  adalah ‘problem-solving’. Masalahdiselesaikan dengan cara tersendiri menggunakan gabungan teori,pengalaman dan pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai unsur persamaan.
Ø  Contoh Kata Kerja: Selesaikan, Binakan, Carikan,Tunjukkan, Kirakan,Demostrasikan
Analisis
Ø  Ciri Soalan: Memerlukan calon menganalisis, memecah/mencerakinkan fakta untuk mengkaji unsur-unsurnya secara mendalam termasuk membanding,membeza,mengupas dan membukti.
Ø  Contoh Kata Kerja: Bandingkan, Bezakan, Buktikan, Beri sebab, Buatanalisis, Cerakinkan, Tafsirkan
Sintesis
Ø  Ciri Soalan:Memerlukan calon merancang, mereka/mencipta dan menghasilkan sesuatu hasil yang kreatif hasil dari penggabungan pelbagai unsur. Ini termasuk penghasilan sesuatu rancangan,rumusan,kaedah/prosedur, atau cadangan.
Ø  Contoh Kata Kerja: Rancangkan, Rumuskan, Sediakan, Cadangkan,Karangkan, Gubahkan
Penilaian
Ø  Ciri Soalan:Memerlukan calon menilai, membuat pertimbangan atau justifikasi untuk mencapai atau  mendapatkan sesuatu kesimpulan.
Ø  Contoh Kata Kerja: Bincangkan, Nilaikan, Beri pendapat, Beri justifikasi,Pertimbangkan

No comments:

Post a Comment